Sunday, February 19, 2012

::CERITA 29 JANUARI part 1 ::

Assalamualaikum

Cerita ni lama sudah mau di post tapi baru hari ni dapat online
maklumlah tengah bercuti semester
Tanggal 27-29 Januari hari tu ada Karnival Karangkraf 2012
mesti semua sudah maklum sbb ada jgak tenampak iklan kt tv
aku sempat juga pergi pada hari terakhir karnival 29 Januari
mula-mula tu saja jak mo pergi jalan- jalan dan tegok penulis yang terlibat.




Karnival Karangkraf 2012

Masa ni semua buku ada diskaun. Memang murah.



Sempat juga rembat novel terbaru daripada RAM Fiksyen 302
(RM 14.++)




Dan bergambar depan boot RAM, hari terakhir ni tidak ramai sangat orang


Takkan bergambar di depan boot jak, sempat juga dapatkan tandatangan sekali



Selepas dapat tandatangan tu, tidak lepaskan peluang bergambar dengan RAM


Novel tu dah habis baca pun, memang menarik dan ending novel ni memng tidak dijangka, anggapan semua salah sepanjang baca novel ni. suka..suka..suka cerita macam ni. Akan mula mengumpul karya RAM


Selepas pergi karnival tu..




Friday, January 27, 2012

::CUTI- CUTI, ZOOM MELAKA, 24 JAN 2012::

Musim cuti ni mesti ramai yang keluar makan angin kan, pergi mana-mana jak la, seperti sebelum ni CNY ja mesti keluar dari Parit Raja, Batu Pahat ni, mencari tempat yang best. Ikutkan suda 3 kali CNY di sini, mula-mula dulu tahun 2010 jalan pergi Genting Highlandtahun kedua 2011 pergi kL .

Untuk tahun 2012 ni pula perjalanan lain skit, menaiki kereta budak rumah sewa ni juga, penghuni rumah ni tujuh orang tapi dua suda balik kampung, jadi lima orang jak yang pigi.
Destinasi kali ni, mula-mula dalam perancangan hanya pergi Air Terjun Gunung Ledang Sagil Tangkak Johor, tapi tersesat pula dan sampailah di Air Terjun Gunung Ledang Asahan Melaka. ndak pa la yang penting namanya Gunung Ledang. berangkat dari rumah jam 10.30 pagi, sampai di Gunung Ledang jam 1.30 petang sebab tidak perna pergi jalan pun tidak seberapa pasti. jadi lama sikit perjalanan. sampai sana mandi-manda jak kejap smpai jam 4 petang. tempat tu nama jak air terjun tapi ndak nampak pula mana air terjunnya.




Lepas tu tanpa perancangan terus gerak pergi Bandaraya Melaka. Sampai Melaka dalam jam 6 petang. Jalan-jalan, gambar-gambar smpai jam 9.30 malam , ndak sempat pigi semua tempat. Lepas tu gerak balik Parit Raja, Batu Pahat. Kena balik awal sebab esoknya kawan ada kelas sebab budak diploma dan ada kawan terbang balik Sabah, sampai rumah 11.30 malam.






Perjalanan seterusnya tiada lagi dalam perancangan.


Lima budak Sabah: Yusdi, Wewen, Uncle_wis, Zaidi, Radiian


Thursday, January 26, 2012

:: REZEKI JANGAN DITOLAK::

Semester ini sebelum peperiksaan akhir tu ada diumumkan yang "kerajaan" mahu bagi baucar RM200 untuk setiap pelajar, baucar RM200??? Banyak tu, baucar ni sebenarnya diguna untuk beli buku ilmiah contohnya buku rujukan atau apa- apa yang berkaitan dengan pelajaran. Ermmm...kalau la betul-betul kena guna baucar ni untuk beli buku yang dinyatakan, alamatnya ndak la diguna baucar ni. Mana la ada buku rujukan yang berkaitan kursus dijual di kedai buku. semua buku kena beli dengan pensyarah, pensyarah terima juga ka baucar ni. Semestinya tidak.



Ini la baucar tu.. Baucar Buku 1Malaysia namanya...suka hati la...nama baucar tu ndak penting yang penting boleh diguna. Semua ada empat keping, yang mana setiap satu baucar RM50. sebenarnya saya pn tidak tahu lagi mo beli buku apa dengan baucar ni, hari tu ada tengok pameran buku di perpuatakaan. Tapi tiada pulak  buku yang berkenan di hati. Selain buku, sebenarnya baucar ni boleh juga guna di kedai komputer. Apa mo di beli dikedai komputer ya, macam semua benda penting berkaitan komputer ni saya sudah ada. ndakpa la, apa-apa pun buku juga yang akan di beli, tapi yang pasti bukan buku rujukan...Hehe... Buat masa ni tiada kesempatan lagi mo pergi kedai buku, mo tengok-tengok dulu bah baru beli. buku apa yg best dan harga bawah daripada RM50 dan bukan novel. Baucar ni sah digunakan sehingga 31 Mac 2012.



"Selamat Bershopping"



Sunday, January 22, 2012

:: SELAMAT TAHUN BARU 2012::

Rasanya lama tiada post baru, semester yang baru saja lepas ini sibuk sangat, kebanyakan subjek ada projek yang makan masa sampai semester tamat. masa study week pun ada lagi tugasan yang kena dihantar.






Belum terlambat bah lagi kan ucap tahun baru
 SELAMAT TAHUN BARU 2012 
 semoga tahun ni lebih baik dari tahun yang lepas, ucapan skema sama seperti tahun lepas, saya juga berharap tahun ni akan ada sesuatu yang baik dan menarik di hadapan dan berharap dipermudahkan segala urusan dan perancangan 
( jika diizinkanNYA ). 

Untuk tahun baru 2012 ni tiada apa sangat yang dirancangkan. Masih bergelar pelajar, jadi tidak banyak sangat yang difikirkan, kena fokus dengan pelajaran dahulu.
Cuti semester ini juga tidak saya tidak baik kampung, walaupun rindu ngan keluarga di Tawau, tidak dapat tiket murah, cuti pun tidak lama, tidak sampai 1 bulan. Sabar ja la, cuti raya nanti balik, beli tiket awal..InsyaAllah.







Di sini juga ingin mengucapkan 
Selamat Tahun Baru Cina 
kepada kawan-kawan.
kt Batu Pahat meriah tahun baru cina ni, sana sini org main mercun macam ada perperangan ja di luar. Tapi best, tidak juga sunyi rumah 


Akhir sekali diucapkan
Selamat Bercuti Semua
tidak kiralah keutara, selatan, timur, barat Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Balik kampung tu ingat-ingat la kawan yang tidak balik ni. Buat ging-ging karas jangan lupa bawa ole-ole dari SABAH dan jangan lupa ingat-ingat kamu balik Pt Raja.