Semester ini sebelum peperiksaan akhir tu ada diumumkan yang "kerajaan" mahu bagi baucar RM200 untuk setiap pelajar, baucar RM200??? Banyak tu, baucar ni sebenarnya diguna untuk beli buku ilmiah contohnya buku rujukan atau apa- apa yang berkaitan dengan pelajaran. Ermmm...kalau la betul-betul kena guna baucar ni untuk beli buku yang dinyatakan, alamatnya ndak la diguna baucar ni. Mana la ada buku rujukan yang berkaitan kursus dijual di kedai buku. semua buku kena beli dengan pensyarah, pensyarah terima juga ka baucar ni. Semestinya tidak.
Ini la baucar tu.. Baucar Buku 1Malaysia namanya...suka hati la...nama baucar tu ndak penting yang penting boleh diguna. Semua ada empat keping, yang mana setiap satu baucar RM50. sebenarnya saya pn tidak tahu lagi mo beli buku apa dengan baucar ni, hari tu ada tengok pameran buku di perpuatakaan. Tapi tiada pulak buku yang berkenan di hati. Selain buku, sebenarnya baucar ni boleh juga guna di kedai komputer. Apa mo di beli dikedai komputer ya, macam semua benda penting berkaitan komputer ni saya sudah ada. ndakpa la, apa-apa pun buku juga yang akan di beli, tapi yang pasti bukan buku rujukan...Hehe... Buat masa ni tiada kesempatan lagi mo pergi kedai buku, mo tengok-tengok dulu bah baru beli. buku apa yg best dan harga bawah daripada RM50 dan bukan novel. Baucar ni sah digunakan sehingga 31 Mac 2012.



No comments:
Post a Comment