Sunday, January 22, 2012

:: SELAMAT TAHUN BARU 2012::

Rasanya lama tiada post baru, semester yang baru saja lepas ini sibuk sangat, kebanyakan subjek ada projek yang makan masa sampai semester tamat. masa study week pun ada lagi tugasan yang kena dihantar.






Belum terlambat bah lagi kan ucap tahun baru
 SELAMAT TAHUN BARU 2012 
 semoga tahun ni lebih baik dari tahun yang lepas, ucapan skema sama seperti tahun lepas, saya juga berharap tahun ni akan ada sesuatu yang baik dan menarik di hadapan dan berharap dipermudahkan segala urusan dan perancangan 
( jika diizinkanNYA ). 

Untuk tahun baru 2012 ni tiada apa sangat yang dirancangkan. Masih bergelar pelajar, jadi tidak banyak sangat yang difikirkan, kena fokus dengan pelajaran dahulu.
Cuti semester ini juga tidak saya tidak baik kampung, walaupun rindu ngan keluarga di Tawau, tidak dapat tiket murah, cuti pun tidak lama, tidak sampai 1 bulan. Sabar ja la, cuti raya nanti balik, beli tiket awal..InsyaAllah.







Di sini juga ingin mengucapkan 
Selamat Tahun Baru Cina 
kepada kawan-kawan.
kt Batu Pahat meriah tahun baru cina ni, sana sini org main mercun macam ada perperangan ja di luar. Tapi best, tidak juga sunyi rumah 


Akhir sekali diucapkan
Selamat Bercuti Semua
tidak kiralah keutara, selatan, timur, barat Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Balik kampung tu ingat-ingat la kawan yang tidak balik ni. Buat ging-ging karas jangan lupa bawa ole-ole dari SABAH dan jangan lupa ingat-ingat kamu balik Pt Raja.









Wednesday, November 2, 2011

::TAHUN 3 SEM????::

ASSALAMUALAIKUM...

lama tidak update kn....sibuk sikit...banyak kot...beban kerja semakin banyak...dan cabaran pun banyak...sekarang ni aku tidak tinggal asrama lagi...tinggal luar sudah...Taman Bintang, Jalan Langsat...oh ya...sem ni subjek yang aku ambil beban sikit....THERMO2, DESIGN1, FLUID MECH, CONTROL ENG, MANUFACTURING, n KENEGARAAN....kebanyakkan 3 jam kredit...Tapi apa boleh buat, suda mnamanya belajar...Apa2 pn mesti jgk dibuat...


BAH


*font kasi besar sbb tulis nda byak pn...

Saturday, July 23, 2011

::TIADA DALAM PERKHIDMATAN::

huhuhu

No. telefon dah tamat perkhidmatan setelah lama ditinggalkan dan tidak ditambah nilai.
Isnin ni kena pegi "service center" aktifkan balik dan rasa2 mcm mau tukar ke postpaid plak, lg ok kot utk aku yg malas ke kedai beli topup. Jadi buat seketika aku menghilangkan diri....Hehehe

Selamat Hujung MInggu...

BAH